Tedung selar bawah sinki dapur

Saturday, August 11, 2018

Tedung selar bawah sinki dapur

Tedung selar bawah sinki dapur

SUNGAI PETANI â€" Seekor ular tedung selar ditemui bersembunyi bawah sinki dapur dalam kejadian di Kampung Nyior, Bukit Selambau, malam kelmarin.

Pengadu, Mohd Zahid Mohd Zain berkata, selepas menyedari haiwan berbisa berkenaan dalam rumahnya kira-kira jam 9.40 malam, dia terus menghubungi anggota keselamatan bagi tindakan selanjutnya.

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda, Kapten (PA) Azahar Ahmad berkata, Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Kuala Muda menerima panggilan kecemasan dari MERS 999 berhubung kejadian.

Menurutnya, setiba di lokasi kejadian, pihaknya mendapati tedung selar seberat kira-kira tujuh kilogram dan panjang kira-kira 3.5 meter bersembunyi bawah sinki dapur yang ditutup menggunakan alas kain.

“Kami menerima panggilan pada jam 9.46 malam dan terus ke lokasi kejadian bersama lima anggota,” katanya.

Menurutnya, dalam tempoh beberapa minit, reptilia berkenaan berjaya ditangkap dan dibawa pulang ke  PKOD untuk tindakan lanjut.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment