Mangsa noda maut bakar diri
NEW DELHI - INDIA. Seorang wanita yang menjadi mangsa noda di India meninggal dunia di hospital selepas membakar diri sebagai tanda bantahan terhadap kegagalan polis mengambil tindakan.
Superintenden Polis, S Channappa, berkata terdapat kesilapan daripada pihak polis dan siasatan sedang dijalankan untuk melihat sama ada keluarga wanita berkenaan ditekan supaya tidak membuat laporan.
Wanita berusia 28 tahun itu meninggal dunia semalam di hospital di Shahjahanpur, Uttar Pradesh, akibat kecederaan kritikal setelah membakar dirinya di rumah.
âTertuduh telah ditahan hari ini dan pegawai polis yang terbabit dalam kes ini turut ditahan sehingga arahan selanjutnya,â kata Channappa.
Mangsa dan suaminya membuat aduan di balai polis pada 23 Ogos lalu, namun pihak polis didakwa enggan mendaftarkan kes dan meminta mereka menyelesaikan perkara itu dengan tertuduh yang tinggal sekampung dengan mereka.
âAduan perlu didaftarkan segera. Ini adalah kesilapan pihak kami,â katanya. - AFP
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment