Bantuan terus disalur buat mangsa gempa Lombok

Thursday, August 30, 2018

Bantuan terus disalur buat mangsa gempa Lombok

Bantuan terus disalur buat mangsa gempa Lombok

JAKARTA - INDONESIA. Pihak Pos Indonesia (Persero) dengan kerjasama Agensi Pengurusan Bencana Nasional (BNPB), menyalurkan bantuan yang diterima dari masyarakat Indonesia kepada korban bencana gempa di Lombok, Nusa Tenggara Barat(NTB).

Sehingga Isnin lalu, Persero menerima dan menyalurkan hampir 3,000 tan bantuan dalam pelbagai bentuk kepada mangsa tragedi gempa Lombok yang meragut lebih 500 nyawa dan menyebabkan ratusan ribu yang lain hilang tempat tinggal.

"Keprihatinan masyarakat Indonesia menyaksikan hampir 3,000 tan bantuan dalam pelbagai bentuk diterima setakat Isnin lalu," kata Pengarah Utama Persero, Gilarsi W Setijono dalam satu kenyataan.

Pelbagai bantuan yang diterima terus disalurkan kepada mangsa gempa Lombok. - FOTO Pos Indonesia

Urusan kiriman bantuan menerusi Program Pos Peduli Bencana Gempa Lombok yang dilakukan di Pejabat Pos Mataram dan Pejabat Pos Selong dipantau sendiri oleh Gilarsi dan Pesuruhjaya Pos Indonesia, Bobby Hamzar Rafinus.

Gilarsi turut bertanggungjawab memastikan kelancaran agihan bantuan yang disimpan di gudang Agensi Pengurusan Bencana Serantau (BPBD) bagi mengelakkan bantuan disembunyikan pihak tidak bertanggungjawab yang mahu mengambil kesempatan.

Menurutnya lagi, sebelum bantuan disalurkan ke daerah yang dilanda gempa, ia melalui pemeriksaan oleh pasukan sukarelawan untuk memastikan barang-barang yang akan diserahkan kepada mangsa berada dalam keadaan baik.

"Bagi mangsa yang belum menerima bantuan, mohon bersabar kerana bantuan akan tiba dalam waktu terdekat," kata Gilarsi.

Dalam pada itu, beliau turut memberi kata-kata semangat kepada pekerja dan pesara Persero yang menjadi mangsa gempa Lombok. - Detiknews



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment