Tahniah diucapkan kepada Zizie Izette yang baru saja mendedahkan dirinya hamil selepas sembilan bulan melahirkan anak kembar tahun lalu. Menurut Zizie, kandungannya kini sudah memasuki tiga bulan.

BACA: Zizie Izette Bakal Sambut Cahaya Mata Kembar



Menerusi Instagram, Zizie telah memuat naik beberapa gambar bersama anak kembarnya serta memberitahu gambar terakhir punya kejutan, dimana gambar kit ujian kehamilan yang bertanda dua jalur merah menandakan hamil.

Rata-rata memang terkejut peminat Zizie dengan berita tersebut. Manakala ruangan komen pula dipenuhi dengan ucapan tahniah buat pelakon itu serta tidak sabar untuk menantika cahaya mata seterusnya.



Bertuah sungguh Zizie, bukan sahaja mempunyai kehidupan yang serba ada tetapi lengkap dengan kurniaan cahaya mata buat beliau dan suami. Semoga Zizie menjalani proses kehamilan dengan baik dan berjalan lancar. (rtky/w)