Najib terus dipanggil polis untuk disoal siasat

Wednesday, August 29, 2018

Najib terus dipanggil polis untuk disoal siasat


Bekas perdana menteri itu dipanggil untuk disoal siasat dipercayai berkaitan siasatan berhubung penggubahan wang haram dan membiayai aktiviti keganasan di bawah AMLA.

Najib tiba di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman pada pukul 10 pagi ditemani peguamnya Tan Sri Shafee Abdullah.

Beberapa hari lalu Najib telah disoal siasat oleh polis selama dua jam juga berkait dengan siasatan di bawah Amla.

Setakat ini beliau sudah berhadapan dengan tujuh tuduhan janayah pecah amanah, menyalah guna kuasa dan penggubahan wang haram. - UTUSAN ONLINE



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment