Trump diarah henti sekat pengkritik di Twitter

Wednesday, August 29, 2018

Trump diarah henti sekat pengkritik di Twitter

Trump diarah henti sekat pengkritik di Twitter

SAN FRANCISCO -  AMERIKA SYARIKAT . Semakin ramai pengkritik yang disekat Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump kini dibenar memberi komen di akaun Twitter beliau.

Dalam kes yang dibangkitkan oleh The Knight First Amendment Institute di Universiti Columbia, hakim mahkamah daerah persekutuan pada Mei lalu, memutuskan tindakan menyekat orang ramai daripada akaun Twitter @realDonaldTrump sebagai melanggar hak kebebasan bersuara.

Susulan arahan terbabit, tujuh individu yang didakwa sebelum ini, tidak lagi disekat selepas membuat rayuan.

Institut itu mendapati, ramai pengkritik dalam senarai 41 pengguna Twitter yang diberikan kepada Jabatan Kehakiman juga tidak lagi disekat oleh @realDonaldTrump.

“Kami gembira melihat Rumah Putih mengambil langkah sewajarnya untuk mematuhi keputusan mahkamah daerah bahawa Pindaan Pertama melarang presiden daripada menyekat pengguna Twitter semata-mata kerana mereka mengkritiknya,” kata institut itu.

“Bagaimanapun, kami terus menerima laporan bahawa masih ada individu di luar sana yang disekat daripada akaun @realDonaldTrump.” - AFP

 

 



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment