Pesawat bawa sembilan penumpang hilang di Indonesia
JAYAPURA - INDONESIA. Sebuah pesawat kecil membawa sembilan orang hilang ketika penerbangan di kawasan pergunungan di timur Indonesia, kata pihak berkuasa.
Pesawat Pilatus buatan Switzerland tersebut hilang komunikasi dengan pusat kawalan trafik udara ketika penerbangan yang sepatutnya cuma mengambil masa 40 minit melewati Pergunungan Bintang di wilayah Papua, kata polis.
Pesawat milik Dimonim Air, syarikat persendirian yang mengendalikan penerbangan dalam dan sekitar Papua dilaporkan membawa tujuh penumpang, termasuk seorang kanak-kanak dan dua kru.
Menurut Ketua Polis Bintang, Michael Mumbuna, penduduk kampung di Okatem berkata, mereka mendengar bunyi kuat dari pesawat itu diikuti letupan besar.
Usaha mencari dan menyelamat akan diteruskan esok.- AFP
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment