Bagaimanapun, katanya, bantuan tersebut akan ditukar kepada Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) dan diberikan kepada mereka yang berkelayakan.
“Kita tidak akan menamatkan BR1M, namun kami memerlukan sedikit masa,” katanya ketika menyampaikan ceramah Pakatan Harapan di Bandar Damai Perdana, Balakong, hari ini.
Yang turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Ng Suee Lim dan Ahli Parlimen Bangi, Dr. Ong Kian Ming.
Setiausaha Agung DAP itu turut menyindir tindakan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang selalu memberi jawapan tidak tahu mengenai hutang negara yang mencecah lebih RM1 trilion.
“Kita tidak mahu kerajaan yang tidak tahu. Kalau salah jadi ‘gentleman’ dan perbetulkan,” katanya.
Ceramah tersebut tetap mendapat sambutan hangat meskipun hujan renyai sejak pukul 8 malam tadi.
Rata-rata orang ramai yang hadir ke program berkenaan dilihat membawa payung dan setia menunggu walaupun dalam keadaan hujan meskipun Menteri Kewangan itu hanya dilihat tiba pada pukul 10.07 malam. - UTUSAN ONLINE
sumber: utusan
0 comments:
Post a Comment