Dr Halimah tidak akan salah guna kelayakan
SHAH ALAM - Dr Halimah Ali tidak akan menggunakan kelayakannya sebagai pengamal perubatan bertauliah untuk membina lebih banyak klinik di kawasan Dun Seri Setia sekiranya dipilih menjadi wakil rakyat pada 8 September ini.
Calon Pas itu berkata ia adalah bagi mengelak timbul sebarang konflik kepentingan, selain ingin menjaga integriti serta imej parti.
"Bermula 2008 ketika saya jadi Exco kerajaan Selangor, saya tidak boleh operasikan klinik saya sendiri, malah saya tidak pernah jejakkan kaki ke klinik itu sejak menjadi ahli politik sepenuh masa.
"Sebab keduanya, saya mahu mengekalkan imej baik serta integriti Pas kerana ia adalah obligasi rakyat supaya tidak berlaku sebarang konflik kepentingan," katanya ketika ditemui semasa melawat Pasar Malam TTDI Jaya, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada akan membina lebih banyak klinik di Seri Setia sekiranya diberi mandat sebagai Adun kawasan itu.
Bekas Adun Selat Klang itu bakal berdepan pertandingan satu lawan satu menentang calon Pakatan Harapan Halimey Abu Bakar dalam Pilihan Raya Kecil Dun Seri Setia yang diadakan susulan kematian penyandangnya, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin akibat kanser usus, 2 Ogos lepas. รข" Bernama
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment