Agong batal dua acara sempena Sambutan Hari Keputeraan
KUALA LUMPUR - Yang di- Pertuan Agong, Sultan Muhammad V menitahkan dua acara rasmi sempena Sambutan Hari Keputeraan Baginda iaitu Istiadat Hari Keputeraan Rasmi dan Jamuan Teh Diraja yang akan diadakan pada 9 September ini di Istana Negara dibatalkan.
Dalam satu kenyataan, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz berkata, Baginda menitahkan peruntukan perbelanjaan kedua-dua acara rasmi berkenaan dikembalikan semula kepada pihak kerajaan dengan disalurkan kepada Tabung Harapan Malaysia.
[ARTIKEL BERKAITAN: Agong titah gajinya dikurangkan 10 peratus]
Katanya, bagi acara-acara rasmi lain sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda tetap diteruskan seperti yang telah dirancang.
"Baginda menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan melalui Jabatan Perdana Menteri yang merancang acara-acara rasmi sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda bagi tahun 2018," katanya, hari ini.
Sebelum ini, Baginda bertitah perkenan peruntukan gaji dan emolumen Baginda dikurangkan 10 peratus sepanjang tempoh pemerintahannya sehingga tahun 2021.
Perkara tersebut dititahkan Baginda kerana prihatin kepada tahap hutang negara dan keadaan ekonomi negara.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment