Siasatan kes 1MDB hampir selesai
Siasatan kes 1MDB hampir selesai
sumber: sinarharian
Siasatan kes 1MDB hampir selesai
PUTRAJAYA - Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hampir melengkapkan siasatan berhubung kes 1MDB.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, 60 peratus siasatan telah selesai dan pihaknya telah mengambil keterangan daripada saksi-saksi dalam negara.
Menurutnya siasatan berhubung wang penyelewengan sejumlah RM2.6 bilion itu dimulakan sejak tiga bulan lalu.
"Baki 40 peratus lagi keterangan diperlukan daripada saksi diluar negara.
"Beri masa kepada kami untuk mendapatkan keterangan daripada saksi di luar negara, termasuk di Amerika dan Singapura,"katanya dalam sidang media di ibu pejabat SPRM hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Siasatan 1MDB 50 peratus selesai]
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment