MPHTJ kecewa Zoo Melaka seolah terbiar

Wednesday, August 29, 2018

MPHTJ kecewa Zoo Melaka seolah terbiar

MPHTJ kecewa Zoo Melaka seolah terbiar

MELAKA TENGAH - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) kecewa dengan apa yang berlaku terhadap Zoo Melaka.

Yang Dipertuanya, Mahani Masban berkata, seharusnya tidak ada ruang dan peluang yang diberikan kepada syarikat swasta yang dipertanggungjawabkan untuk meneruskan kerja-kerja pengurusan Zoo Melaka.

Menurutnya, teguran laporan audit oleh Ketua Audit Negara terhadap Zoo Melaka babit kebajikan haiwan dan persekitaran yang bersemak-samun perlu dipandang serius dan dilihat satu kegagalan yang dikendalikan pihak tersebut kerana berkaitan aspek keselamatan pekerja, pengunjung sekali gus mencatatkan pemandangan.

Keadaan stor milik MPHTJ yang didakwa terbiar sehingga mengalami kerosokan pada bumbung bangunan itu.

Malah, beliau mendakwa, tiada tambah baik yang dilakukan terhadap prasarana dalam zoo sehinggakan terdapat kerosakan harta benda tetap milik pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana tidak diselenggara dengan baik selain terbiar seperti stor MPHTJ.

"Aduan orang ramai termasuk pelancong dari dalam dan luar Melaka yang begitu kecewa melihat binatang semakin berkurangan selain mengalami sakit dan mati.

"Contohnya spesies tikus besar Capibara yang hampir pupus telah mati sehari selepas kita membuat tinjauan bersama Ketua Menteri, Adly Zahari Isnin baru-baru ini," katanya kepada Sinar Harian.

Tambahnya, terdapat dua anak flamingo yang telah ditelan ular sawa dipercayai berhabitat dalam semak samun di zoo itu.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment