Bayi kembar lelaki antara 34 bayi merdeka di Kedah

Friday, August 31, 2018

Bayi kembar lelaki antara 34 bayi merdeka di Kedah

Bayi kembar lelaki antara 34 bayi merdeka di Kedah

ALOR SETAR - Bayi kembar lelaki antara 34 bayi yang dilahirkan di hospital kerajaan di Kedah pada Hari Kebangsaan ke-61 sehingga jam 11 pagi, hari ini.

Pengarah Kesihatan Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, seramai 19 kelahiran dengan 20 bayi termasuk pasangan kembar lelaki dilahirkan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

"Diikuti lapan kelahiran Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani; lima kelahiran di Hospital Kulim dan satu kelahiran di Hospital Langkawi.

"Kelahiran paling awal direkodkan di HSB dan HSAH pada jam 12.03 tengah malam," katanya, dalam kenyataan media, di sini, sebentar tadi.

Menurutnya, di HSB bayi perempuan dilahirkan dengan berat 3.6 kilogram (kg) manakala HSAH bayi lelaki dilahirkan dengan berat 3.36 kg.

"Dari segi bilangan jantina, 17 bayi lelaki dan 17 bayi perempuan dilahirkan sehingga jam 11 pagi, hari ini," katanya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment