Hentikan guna isu perkauman demi politik
PETALING JAYA â" Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil mendakwa ada pihak menggunakan sentimen perkauman demi kepentingan politik mereka sehingga menjadikan perkara itu semakin ekstrem.
âSentimen perkauman ini sengaja diwujudkan...yang dilihat ke arah ektremisme dan ini perkembangan politik tidak sihat kerana Malaysia sebuah negara yang harmoni dan rakyat menolak semangat perkauman sempit.
âBerdasarkan pemerhatian saya, sudah ada beberapa pihak mengambil kesempatan menggunakan isu perkauman semata-mata untuk masa depan parti politik mereka sahaja,â katanya kepada pemberita selepas menjadi anggota panel pada Forum âA New Malaysia: The Way Aheadâ, anjuran Jeffrey Cheah Institute on Southeast Asia di Universiti Sunway dekat sini, hari ini.
Turut hadir dalam forum itu sebagai panelis ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkor (Perak), Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang juga bekas Menteri Besar Perak dan Anggota Parlimen Batang Sadong (Sarawak) Datuk Seri Nancy Shukri
Moderator forum itu ialah Pengarah Jeffrey Cheah Institute on Southeast Asia, Asia Institute Tasmania, University of Tasmania, Australia, Profesor James Chin.
Fahmi yang juga Anggota Parlimen Lembah Pantai berkata beliau menolak sentimen perkauman seperti itu, dan berharap parti-parti dalam Pakatan Harapan dan pembangkang agar tidak menggunakan taktik tersebut untuk mendapat sokongan orang ramai.
âSaya menyeru semua parti politik menolak politik perkauman ekstremis ini yang hanya mencetuskan perasaan kebencian dan ia suatu perkembangan politik tidak sihat untuk Malaysia,â katanya.
Dalam pada itu, Fahmi berkata penjelasan mengenai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan dilakukan Menteri Kewangan Lim Guan Eng pada 19 Okt depan.
âTarikh itu dijadual berlangsung pada pembentangan Bajet 2019. Guan Eng akan memberi penerangan tentang kerajaan berkaitan dasar dan program akan dibuat bagi membantu rakyatâ¦kita tunggu tarikh itu untuk mengetahui sama ada BR1M akan diteruskan atau ditamatkan,â katanya.
Sementara itu, Zambry berkata BN masih wujud, dengan MCA dan MIC masih bersama BN.
âBN masih wujudâ¦.BN tidak boleh terus menyingkirkan MCA dan MIC walau apa pun orang kata. Sebagai sebuah parti, BN masih wujud selagi tidak ada kenyataan rasmi yang mengatakan sudah tiada,â katanya yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno.
Zambry berkata BN sedang merangka strategi untuk menjadi pembangkang yang kuat, antaranya ialah menjalinkan kerjasama dengan PAS dan mungkin parti-parti politik lain pada masa hadapan.
âBN perlu merancang dengan teliti bagi memastikan kita mewujudkan barisan pembangkang yang mantap. BN terbuka untuk bekerjasama dengan parti politik lain,â katanya. - Bernama
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment