Mira Filzah Sangkal Dakwaan Mahu Kahwin Zizan Razak
Sejak pengumuman Zizan Razak yang ingin berkahwin dan ramai mengenali identiti bakal isterinya itu, makin kencang gosip mengatakan bakal isterinya adalah Mira Filzah. Namun Mira menjelaskan, dakwaan itu tidak benar.
BACA: Mira Filzah Selesa Berkawan Dengan Zizan Razak
“Kami mahu tenang-tenang dulu. Ada juga orang bertanya mengenai perkara itu, tetapi kami belum ada sebarang perancangan ke arah perkahwinan. Saya selesa berkawan dengan Zizan kerana dia mempunyai ciri-ciri itu”
“Biarpun gemar berjenaka, ada masanya dia sangat serius dan itu yang membuatkan saya senang mendekatinya,” jelasnya kepada Berita Harian Online mengenai desas-desus mengatakan mereka ingin berkahwin.
Terdahulu timbul gosip mengatakan pasangan ini sedang rancak membuat persiapan perkahwinan yang difahamkan bakal berlangsung dalam masa terdekat. Kalau betul apa salahnya kahwin cepat-cepat, nanti disambar orang!
Sebelum ini pernah beberapa kali Mira dan Zizan ‘ditangkap’ peminat berbalas komen di Instagram, walaupun tidak terlalu kelihatan mereka bercinta tapi mereka cukup mesra berbalas komen di akaun masing-masing. (rtky/w)
sumber: rotikaya
0 comments:
Post a Comment