Tiada CF: Denda RM50,000, penjara
MELAKA TENGAH - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Melaka memandang serius kedegilan dan keengganan pemilik premis di negeri ini untuk mendapatkan Sijil Perakuan Bomba (CF).
Pengarahnya, Kamarulzaman Malik Abdullah berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas di bawah pindaan 2017 Seksyen 33 Akta Perkhidmatan Bomba 1988 yang mana pemilik premis yang gagal mematuhi peraturan akan berdepan hukuman denda sebanyak RM50,000, atau lima tahun penjara ataupun keduanya sekali.
âSetakat ini terdapat 100 premis tetap yang masih gagal membuat permohonan CF daripada jumlah keseluruhan 300 premis ditetapkan di negeri ini.
âKita tidak akan terÂagak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilk premis yang masih berdegil mendapatkan sijil CF,â katanya.
Kamarulzaman berkata demikian ketika sidang media selepas Perhimpunan Bulanan JPBM Melaka di Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu, di sini, semalam.
Hadir sama, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu yang juga Timbalan Penguasa Jabatan Bomba dan Penyelamat (Operasi) negeri, Kamarulzaman Mohd Din.
Jelasnya, JPBM negeri juga telah mengeluarkan notis kepada semua pemilik premis tetap supaya mereka boleh membuat permohonan sijil berkenaan sebelum sebarang tindakan undang-undang diambil.
Menurutnya, dua hotel dan sebuah syarikat percetakan telah dikenakan perintah mahkamah untuk membayar denda RM500 hingga RM2,000 di atas kesalahan berhubung sijil CF.
âApa yang kita dapati, premis yang masih tidak mempunyai sijil itu turut membabitkan bangunan kerajaan hotel dan juga kilang,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment