Laraskan belanjawan untuk pusat jagaan kanak-kanak
PETALING JAYA - Agensi kerajaan patut menyemak semula perbelanjaan mereka jika menghadapi masalah untuk menyediakan pusat jagaan kanak-kanak di tempat kerja masing-masing seperti yang disasarkan pada tahun hadapan, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh.
Beliau berkata, ada agensi kerajaan mendakwa mereka menghadapi kesukaran menyediakan kemudahan itu kerana kekangan kewangan.
âMereka akan selalu memberitahu kami bahawa mereka tiada peruntukan, tetapi kami memberitahu mereka untuk meneliti bajet sedia ada, bagaimana mereka boleh melakukan pelarasan bagi memastikan pusat jagaan kanak-kanak menjadi satu keutamaan.
âJika mereka ada duit untuk menganjurkan rumah terbuka (sambutan perayaan), mereka juga boleh memikirkan untuk menyalurkan duit itu kepada pusat jagaan kanak-kanak,â katanya selepas melancarkan Anugerah âTalentCorp Malaysiaâs Life at Workâ 2018 di sini hari .
Beliau berkata, kementerian juga sedang melihat kaedah untuk menggalakkan pendaftaran pengasuh bayi bagi menangani isu penjagaan kanak-kanak di dalam negara. - Bernama
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment