Sekali lagi Najib hadir beri keterangan esok
SHAH ALAM - Bekas Presiden Umno dan perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka akan hadir sekali lagi untuk memberi keterangan kepada polis esok.
Memetik laporan portal Malaysiakini itu, portal berkenaan yang mendapat maklumat dari sumber menyatakan Najib akan hadir ke Menara 238 di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
Menurutnya, kehadiran berkenaan adalah bagi menyambung kembali siasatan pada Isnin lalu.
[ARTIKEL BERKAITAN: 1MDB: Keterangan Najib dirakam di bawah Amla]
Isnin lalu, Ahli Parlimen Pekan itu dirakam percakapan berhubung skandal 1MDB di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pen cegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (Amla).
Difahamkan ahli Parlimen Pekan itu hadir hadir ke Menara 238, Jalan Tun Razak pada jam 10 pagi tadi.
Percakapan beliau dirakam kira-kira satu jam oleh pasukan siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram Bukit Aman.
Sementara itu laporan portal berkenaan juga mendedahkan sumber yang dekat dengan Najib memberitahu, pada Isnin lalu polis menyoal siasat ketua Umno Pekan terbabit berhubung sejumlah transaksi kewangan melibatkannya.
âAntara transaksi ditanya pegawai penyiasat ialah yang berlaku seawal 2011. Mengapa polis mahu bertanya mengenai cek-cek yang ada kaitan dengan kejadian pada 2011?
âSemua itu tak ada kaitan dengan 1MDB," tegasnya.
Apabila disemak semula kata sumber itu didapati sesetengah cek yang ditanyakan itu diberi kepada syarikat yang membekalkan khemah serta katering untuk majlis anjuran Umno di Pekan pada tahun berkenaan.
[ARTIKEL BERKAITAN: Najib didakwa di mahkamah hari ini]
Pada 8 Ogos lalu, Najib didakwa di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melalui kenyataan medianya berkata, pertuduhan itu berkaitan kes SRC International Sdn Bhd.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment