Baru-baru ini kecoh seketika dunia hiburan apabila Datuk Seri Vida mengumumkan bahawa dia mahu menukarkan hadiah kemenangan buat Aishah yang berjaya menjuarai Gegar Vaganza musim keempat setelah Aisha mendakwa hadiah barang kemas yang diterimanya adalah palsu.

BACA: “Berlian & Emas Tak Palsu, Ganti Dengan Lavida Coin”



Dalam kenyatannya sebelum ini, DSV mahu menawarkan pemulangan semula barangan tersebut dengan matawang kripto, Lavida Coin. Namun Bank Negara Malaysia (BNM) menyenaraikan pengendali mata wang kripto, VI Profit Galaxy (DSV Cryptoclub & LUX Galaxies) ke dalam senarai Amaran Pengguna Kewangan.

Senarai tersebut menghimpunkan syarikat dan laman web yang tidak dibenarkan atau diluluskan di bawah undang-undang dan peraturan yang ditadbir oleh BNM.



Senarai berkenaan tidak menyeluruh dan hanya berfungsi sebagai panduan kepada orang awam berdasarkan maklumat dan pertanyaan yang diterima oleh BNM. Setakat ini sebanyak 423 syarikat telah disenaraikan.

BNM tidak mengiktiraf wang kripto sebagai sah untuk diperlakukan, namun tidak melarang pelaburan mata wang kripto buat masa ini dan membiarkan pasaran yang menentukannya.

Malah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) memaklumkan bahawa pemantauan sedang dilakukan terhadap maklumat sedia ada mengenai Lavida Coin bagi menentukan sama ada wujud sebarang perlanggaran undang-undang sekuriti.

Sementara itu, melalui Instagram, Vida mengajak pengikut laman sosialnya itu membincangkan perkara tersebut. Sehingga kini, tiada sebarang kenyataan terkini oleh usahawan kosmetik ini terhadap isu yang hangat diperkatakan di laman sosial. (rtky/s)