Sukma 2018: Perak sasar dua emas acara bola baling
"PERAK menyasarkan dua pingat emas bagi acara bola baling lelaki dan wanita pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-19 Perak 2018, yang akan berlangsung September depan," kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan negeri Howard Lee Chuan Chow.
Beliau berkata âââââsasaran itu diletakkan selepas melihat kepada pencapaian semasa pasukan bola baling wanita negeri yang menjuarai kesemua lima kejohanan yang disertai iaitu Kejohanan Terbuka Putrajaya, Kejohanan Terbuka Universiti Malaysia Terengganu, Kejohanan Terbuka Universiti Pendidikan Sultan Idirs, Kejohanan Kebangsaan Pulau Pinang dan Kejohanan Kebangsaan Terengganu.
âPasukan lelaki pula berjaya merangkul satu kejuaraan dan empat naib juara bagi kesemua kejohanan itu.
"Jadi alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan, harap pada Sukma ini biar kita (Perak) menang," katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian jersi korporat oleh Syarikat Kumpulan Mimbar Nusantara kepada pemain pasukan bola baling di Unit Sukan Jabatan Pelajaran (JPN) Negeri di sini hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata acara bola baling adalah antara acara penyumbang pingat emas kepada negeri itu.
"Kali terakhir Perak memenangi pingat emas dalam acara bola baling adalah pada Sukma 2013 di Kuala Lumpur bagaimanapun acara itu tidak dipertandingkan di Sukma selepasnya," katanya.
Sebanyak 427 pingat emas dipertandingkan pada Sukma 2018 melibatkan 29 jenis sukan dan 39 venue di 12 daerah di Perak.
Temasya dwitahunan itu, melibatkan 11,000 atlet dan pegawai daripada 14 kontinjen seluruh negara yang berlangsung pada 12 hingga 22 September ini. - Bernama
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment