Phattalung gamit pencinta alam

Friday, August 31, 2018

Phattalung gamit pencinta alam

Phattalung gamit pencinta alam

PHATTALUNG - Phattalung mungkin nama asing dalam industri pelancongan, namun siapa sangka lokasi di selatan Thailand ini mempunyai pelbagai tarikan menarik khusus untuk penggemar alam semula jadi.

Terletak kira-kira 250 kilometer (km) dari sempadan Bukit Kayu Hitam, Kedah mungkin agak kurang terkenal kerana kebanyakan rakyat negara ini lebih kenal Hatyai atau Songkhla.

Namun, Phatthalung yang dihuni lebih setengah juta penduduk itu sebenarnya lebih menenangkan kerana jauh dari kesibukan kota raya selain ditemani dengan pemandangan keindahan bukit bukau dan sawah padi sepanjang laluan ke sana.

Pastinya pelancong akan mendapat suatu pengalaman luar biasa apabila menjejak kawasan Phattalung yang kaya dengan keindahan alam semula jadi.

Tasik Thale Noi

Tasik Thale Noi  tasik yang terbesar di Thailand amat terkenal sebagai lokasi penghijrahan burung dan bunga teratai.

Untuk melihat pemandangan yang mempesonakan di tasik ini, pengunjung perlu tiba seawal jam 6 pagi bagi menikmati keindahan terbit matahari dengan bersampan di tasik air tawar berkenaan yang sebesar Singapura.

Pengnjung pasti akan kagum dengan ribuan bunga teratai yang tumbuh mekar di permukaan tasik sambil menyelusuri laluan di tasik berkenaan.

Keindahan Tasik Thale Noi yang kelihatan seperti hamparan permaidani berwarna merah susu itu turut diserikan dengan kehadiran puluhan spesies burung pelbagai warna yang berterbangan di ruang udara tasik berkenaan yang menghadap Teluk Siam.

Lebih menarik, pengunjung turut berpeluang bertemu 'ikon̢۪ pelancongan Phattalung iaitu kerbau air gergasi yang menjadikan pulau kecil yang terbentuk dalam tasik berkenaan sebagai habitatnya.

Menyelusuri Tasik Thale Noi menggunakan bot bagi melihat keindahan alam

Muzium Padi Napoka

 Kegiatan penanaman padi antara nadi utama ekonomi wilayah berkenaan. Bagi menyerlahkan lagi aktiviti penanaman padi sebuah muzium padi turut dibangunkan untuk kunjungan pelancong.

Menariknya, pengunjung yang datang ke muzium ini berpeluang untuk melihat proses penanaman sawah padi secara tradisional, membajak menggunakan kerbau selain proses menumbuk padi.

Di sini juga disediakan sudut khas bagi acara tarian kebudayaan tempatan seperti tarian dan muzik setempat dipersembahkan kepada pengunjung selain boleh membeli produk kraf tangan yang dihasilkan penduduk kampung.

Gua Harmoni

Untuk mereka yang gemarkan aktiviti lasak pula, mungkin boleh mencuba ke Gua Harmoni yang terkenal dengan batu kristal.

Pengunjung hanya perlu mendaki sekitar 20 meter sebelum masuk ke gua berkenaan yang dianggap keramat penduduk.

Sebaik tiba di gua berkenaan, pengunjung pasti akan terpaku melihat formasi batu kristal semula jadi yang berusia jutaan tahun menyerupai beberapa haiwan.

Jauh ke dalam gua berkenaan, penemuan sungai kristal juga sangat menakjubkan apabila batu-batu kristal membentuk aliran air sungai selain dapat dilihat bentuk batu yang seolah-olah sampan.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment