Beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini menyatakan telah melantik penggantinya iaitu peguam, Datuk Sulaiman Abdullah untuk mengetuai pasukan pendakwaan berkenaan dan melantik Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai Timbalan Pendakwaraya Kanan di bawah Seksyen 376(3) Kanun Tatacara Jenayah.
Tommy memberitahu, penarikan diri daripada pasukan itu disebabkan oleh komitmen yang terlalu berat sebagai Peguam Negara dan juga pendakwa raya selain pelbagai tuntutan lain selaku pegawai undang-undang utama dalam kerajaan.
Sebelum ini, katanya, beliau telah pun membuat persediaan untuk mengendalikan perbicaraan untuk menentang Najib iaitu selama lapan minggu yang telah ditetapkan bermula pada 12 Februari 2019 dan berakhir pada 29 Mac 2019.
âSulaiman merupakan salah seorang peguam terkemuka negara yang berpengalaman luas dalam undang-undang jenayah termasuk jenayah kolar putih. Kemahirannya tiada tolok bandingnya dan kebijaksanaannya tiada saingannya. Sulaiman berintegriti tinggi dan sesungguhnya merupakan seorang peguam yang berprinsip,â katanya.
Tommy memegang jawatan Peguam Negara dan telah menjadi ketua pasukan pendakwaan menentang Najib selama tiga bulan. -UTUSAN ONLINE
sumber: utusan
0 comments:
Post a Comment