Tular PRN di Perak tidak benar

Thursday, August 30, 2018

Tular PRN di Perak tidak benar

Tular PRN di Perak tidak benar

IPOH - Isu pembubaran Dun bukan satu perkara yang boleh dimain-mainkan, demikian tegas Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu berhubung mesej tular kononnya pilihan raya negeri (PRN) akan diadakan di Perak.

Beliau mengesahkan bahawa, mesej tular sejak semalam itu sama sekali tidak benar dan merupakan cubaan untuk mewujudkan perbalahan kalangan pemimpin dan rakyat.

Menurutnya, baik pembangkang atau mereka di pihak kerajaan, masing-masing perlu memainkan peranan menitikberatkan perkhidmatan kepada rakyat.

"Saya sendiri tidak tahu dari mana datangnya idea (mesej) ini, tapi saya fikir ia satu tindakan tidak bertanggungjawab.

"Kepada pihak yang mengeluarkan cerita bahawa saya perlu mengadap baginda Sultan Perak untuk perkenan bubar Dewan dan sebagainya...saya minta dia pergilah solat taubat, bersihkan diri.

"Jangan lagi buat perkara yang bukan-bukan seperti ini kerana ianya merugikan dan membazir waktu.

"Adalah lebih baik, masa yang ada ini digunakan untuk membincangkan cara majukan rakyat, bukan untuk berpolitik sepanjang masa," katanya kepada pemberita, semalam.

Sejak semalam, tular mesej meminta rakyat bersiap sedia menghadapi PRN yang akan diadakan pada bila-bila masa.

Kandungan mesej itu turut menyebut bahawa BN akan bergabung dengan Pas untuk merebut 40 kerusi Dun.

Mengulas lanjut, Ahmad Faizal berkata, kerajaan Pakatan Harapan masih mempunyai mandat lima tahun sebagai pentadbir Perak.

Justeru, pihaknya meminta agar rakyat tidak lagi dihidangkan dengan isu perpecahan dan adu domba seumpama itu.

"Ini masa untuk kita perbetulkan apa yang salah dan move forward, cukup-cukuplah dengan politik.

"Bubar Dun bukan kerja main-main, ia hanya akan menimbulkan lagi banyak perpecahan kalangan rakyat," katanya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment