Pihak tertentu tonjolkan Islam agama yang gagal: Tun M

Thursday, August 30, 2018

Pihak tertentu tonjolkan Islam agama yang gagal: Tun M

Pihak tertentu tonjolkan Islam agama yang gagal: Tun M

KUALA LUMPUR â€"  Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata terdapat pihak tertentu melakukan perkara yang membuatkan orang ramai menjauhi Islam.

“Islam adalah agama yang baik dan juga satu cara hidup. Ia adalah cara hidup umat Islam yang akan mengagumkan orang sama ada Islam adalah agama yang baik.

"Malangnya, kita melihat ada orang menonjolkan Islam sebagai agama yang tidak berjaya dalam banyak cara,” katanya ketika berucap melancarkan Institut Dakwah Antarabangsa Perkim Kuala Lumpur (IDIPKL).

Turut hadir Setiausaha Agung Perkim, Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor dan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.

Dr Mahathir yang juga Yang Dipertua Perkim berkata, apabila yang lainnya melihat umat Islam bergaduh sesama sendiri atau berbuat perkara yang bercanggah dengan ajaran Islam, tidak mungkin mereka  akan terpengaruh untuk berfikir bahawa Islam adalah agama yang baik, malah akan menjauhinya.

Beliau menegaskan Islam mengajar supaya bersikap adil dan saksama tetapi  sesetengah orang Islam tidak mengamalkannya, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di negara lain.

“Akibat perbuatan salah dilakukan saudara sesama Islam kita, Islam mendapat imej buruk.  Imej buruk ini tidak akan dapat menarik orang kepada agama agung dan mulia ini. Jika kita mahu berdakwah, kita semua perlu menyebarluaskan ajaran Islam,“ katanya.

Dr Mahathir menegaskan sudah tiba masanya untuk umat Islam bermuhasabah dan menilai semula tingkah laku mereka untuk menarik orang kepada ajaran Islam menerusi berdakwah kepada semua komuniti di dunia.

Beliau berkata pendekatan lain adalah dengan menunjukkan kejayaan dicapai oleh umat Islam, kecintaan mereka kepada keamanan dan sikap persaudaraan akrab sesama Islam.

“Bahawa mereka tidak sepatutnya menjadi musuh kepada pihak yang tidak menyerang mereka. Ia adalah sebahagian daripada ajaran Islam.

“Jika kita berbuat demikian, umat Islam akan menjadi contoh baik di dunia, kepada komuniti dan orang akan tertarik kepada ajaran Islam yang telah memberikan  kejayaan kepada umat Islam.

“Ini patut diajarkan kepada pendakwah.  Ini juga sepatutnya dijadikan kaedah dalam berdakwah dengan menunjukkan kejayaan dicapai dalam kehidupan umat Islam,” katanya.

Dr Mahathir berkata umat Islam juga perlu menunjukkan bahawa mereka yang mengamalkan ajaran Islam akan berjaya bukan sahaja di akhirat tetapi juga di dunia.

Menurutnya, umat Islam perlu menunjukkan bahawa agama Islam bukan halangan, bukan kekangan untuk umat Islam mencapai kejayaan.

“KIta perlu diiktiraf sebagai umat yang berjaya dalam semua bidang, dalam bidang ilmu pengetahuan, pengurusan, tadbir urus dan lain-lain. Untuk buktikan, sebagai orang Islam kita berupaya mentadbir diri kita sendiri untuk berjaya dan berpengetahuan.

“Kita perlu belajar tentang agama Islam, kita perlu apa agama kita ajar kita. Malangnya, kita kurang tahu tentang ajaran Islam, cara hidup sebagai seorang Islam tidak diajar oleh banyak daripada kita apabila kita cuba berdakwah,” katanya.

IDIPKL ialah pusat pendidikan Islam untuk profesional meningkatkan pengetahuan dan bagi memupuk nilai-nilai murni dalam diri profesional berdasarkan prinsip Islam.- Bernama



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment