Sokong usaha naikkan industri perfileman negara
KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi dan Multimedia menyokong sebarang tindakan dan individu yang berusaha menambah baik kualiti industri perfileman negara.
Menteri berkenaan, Gobind Singh Deo berkata beliau sendiri akan mengikuti perkembangan industri filem tempatan secara lebih dekat.
"Kehadiran saya ini ialah sebagai memberi sokongan kepada filem ini. Saya telah menyatakan pendekatan saya adalah saya turun melihat sendiri perkembangan industri ini," katanya kepada pemberita selepas tayangan perdana filem 'One Two Jaga' di sini malam ini.
"Kehadiran malam ini juga adalah supaya saya dapat bergaul dengan âindustry playersâ dan saya menyokong tindakan siapa jua untuk kita mengangkat industri perfileman di Malaysia...ke arah masa depan bidang perfileman tempatan lebih cerah dan gemilang," kata menteri itu.
Hadir sama penerbit filem itu Bront Palarae, pengarah dan pelakon Namron serta barisan pelakonnya.
Filem itu menceritakan cabaran yang dihadapi polis berlatarbelakangkan isu pendatang asing. -Bernama
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment