Penunggang motosikal maut langgar kereta
ALOR SETAR - Seorang lelaki maut dalam satu kemalangan jalan raya membabitkan sebuah motosikal dan dua kereta di hadapan Masjid Zahir, tadi.
Mangsa, Rohaizad Mokhtar @Idris, 35 meninggal dunia di tempat kejadian selepas motosikal yang dinaikinya dipercayai melanggar belakang kereta Perodua Axia dan Toyota Unser.
Pegawai Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kota Setar, Lefthenan (PA) Mohammad Rizal Abd Razak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan dari pihak Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) kira-kira jam 9.59 pagi, memakÂlumkan mengenai kemalangan jalan raya terbabit.
"Setibanya di lokasi, anggota bertugas memberi rawatan awal kepada mangsa sebelum mendapati mangsa telah meÂninggal dunia.
"Kami kemudian menghubungi pihak hospital untuk membuat pengesahan dan pembantu perubatan dari HSB telah mengesahkan mangsa meninggal di tempat kejadian.
"Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk urusan bedah siasat," katanya kepada Sinar Harian.
Sementara itu, kejadian kemalangan terbabit mendapat perhatian orang ramai selepas ia tular di media sosial.
Ketika kejadian, mangsa dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerjanya di sebuah pusat beli-belah di Alor Setar.
Salah seorang rakan sekerja mangsa berkata, arwah seorang yang amat disenangi oleh rakan-rakan dan ahli keluarga.
"Malam kelmarin dia ada tulis status di facebook, ayatnya seolah-olah tahu yang dia akan pergi tinggalkan kami selamanya," katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment