Dua maut dalam kemalangan

Thursday, August 23, 2018

Dua maut dalam kemalangan

Dua maut dalam kemalangan

KEPALA BATAS - Dua lelaki maut selepas kenderaan dinaiki terlibat kemalangan dalam kejadian berasingan.

Dalam kejadian pertama, seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandunya terbabas lalu merempuh besi pengadang titi sungai dalam kejadian di Jalan Pongsu Sena, semalam.

Mangsa maut dikenali sebagai H`ng Kai  Yu berumur lingkungan 38 tahun.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, siasatan awal dijalankan mendapati mangsa memandu dari Pokok Sena menghala ke arah Pongsu Seribu.

"Setibanya di lokasi kejadian, kereta dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan lalu langgar besi penghadang titi sungai.

"Akibat daripada itu, mangsa mengalami kecederaan dan dihantar ke hospital untuk rawatan," katanya.

Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia di wad ICU Hospital Seberang Jaya.

Sementara itu dalam kejadian berasingan, seorang warga emas maut selepas motosikal ditungganginya terbabas di jalan berhadapan Institut Pertanian Bumbung Lima pada 20 Ogos lalu.

Noorzainy berkata, mangsa dikenali Abu Bakar  Razak berumur lingkungan 65 tahun itu menunggang motosikal dari Bumbung Lima menuju ke Pantai Kamloon.

"Ketika kejadian mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah.

"Semasa tiba di lokasi kejadian mangsa dikatakan terlanggar batu kecil yang bertaburan di atas permukaan jalan hingga menyebabkan mangsa hilang kawalan lalu terbabas sendiri," katanya.

Menurutnya, akibat daripada itu mangsa cedera di kepala dan dihantar ke hospital untuk rawatan.

"Bagaimanapun mangsa kemudian disahkan meninggal dunia di wad ICU Hospital Seberang Jaya," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, kedua-dua kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41(1)Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Saksi atau orang ramai diminta tampil di balai polis berhampiran untuk membantu siasatan," katanya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment