Harap bola tampar dipertandingkan semula

Thursday, August 23, 2018

Harap bola tampar dipertandingkan semula

Harap bola tampar dipertandingkan semula

PERSATUAN Bola Tampar Perak (Pava), berharap agar sukan berkenaan  dipertandingkan semula pada Sukan Malaysia (Sukma) Johor 2020.

Presidennya, Datuk Koh Be Yang berkata, bola tampar sewajarnya dipertandingkan pada temasya dwi tahunan berkenaan kerana ia antara sukan yang digemari rakyat di negara ini.

“Kami sangat berharap agar  bola tampar ini dapat dipertandingkan kembali pada Sukma pada masa depan.

“Kami rasa bola tampar ini boleh sumbangkan pingat kerana pada  80-an dan 90-an lalu, Perak antara negeri yang mempunyai pasukan bola tampar yang kuat,” katanya.

Be Yang berkata demikian pada sidang media sempena Kejohanan Bola Tampar Remaja Kebangsaan Seri Mutiara â€" Majlis Sukan Negeri (MSN), di bilik mesyuarat MSN, hari ini.

Untuk rekod, bola tampar, lawan pedang serta tenis adalah tiga sukan yang tidak dipertandingkan Sukma kali ini.

Sementara itu, Be Yang berkata, kejohanan berkenaan diharap dapat mengenengahkan pemain berbakat untuk beraksi di peringkat lebih tinggi selepas ini.

“Sejak kebelakangan ini pasukan bola tampar Perak menunjukkan prestasi yang baik. Sebagai contoh, pasukan bola tampar wanita Perak bagi dan lelaki telah berjaya meraih pingat Perak pada kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM), tahun ini.

“Ini sekali gus menunjukkan Perak memiliki ramai pemain yang bagus. Oleh itu, kami berharap agar hasrat untuk melihat sukan bola tampar ini dipertandingkan pada Sukma 2020, Johor nanti,” katanya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment