Bibi bidas dua bekas Naib Presiden Kafa

Wednesday, August 1, 2018

Bibi bidas dua bekas Naib Presiden Kafa

Bibi bidas dua bekas Naib Presiden Kafa

KOTA BHARU - Kemelut dalaman Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) kian berpanjangan dengan terbaru Presiden, Bibi Ramjani Ilias Khan membidas kenyataan dua bekas naib presidennya yang mendakwa mereka tidak diberi tanggungjawab dalam barisan kepimpinan badan induk itu.

Malah secara sinis Bibi Ramjani mahu kedua-dua naib presiden itu, Datuk Mohd Aizuddin Ghazali dan Datuk Nik Izani Nik Ibrahim bertanya kepada diri sendiri apa sumbangan mereka selepas dipilih dalam Kongres Tahunan Kafa, September tahun lalu.

“Apa lagi nak salahkan pengurusan bila kita dah tak mampu untuk berkhidmat. Rasanya tak perlu komen apa-apa mengenai isu ini. Lagipun mereka bukan dilantik oleh saya tetapi bertanding dan dipilih oleh PBJ (Persatuan Bola Sepak Jajahan).

“Sebab itu awal-awal dulu kita tengok ada (individu) tarik diri bila pucuk pimpinan bukan rangkaian (sealiran) mereka. Atau mungkin mereka ada agenda lain selepas ini,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Sinar Harian semalam melaporkan dua naib presiden itu menegaskan mereka tidak lari daripada tanggungjawab sebaliknya mendakwa Bibi Ramjani mengendalikan urus tadbir Kafa sendirian sehingga mengetepikan peranan exco dalam persatuan itu.

Bibi Ramjani memberitahu, setakat ini, Kafa tidak pernah menerima sebarang bentuk kewangan daripada dua individu berkenaan bagi membantu meringankan beban dihadapi persatuan.

“Mereka hanya sekadar pegang jawatan jadi mungkin kesan nampak berlaku pergolakan dalam Kafa. Sedangkan semua orang tahu Kafa berdepan kekangan kewangan dan perlukan satu gerak kerja untuk selesaikan masalah itu.

“Malah dalam mesyuarat terakhir baru-baru ini mereka juga minta nak cuba bantu Kafa mencari dana dalam pelbagai bentuk tapi tengok-tengok syahid (letak jawatan) dah.

“Jadi, sekali lagi jangan tanya saya sebaliknya tanya diri sendiri apa sumbangan mereka kepada Kafa,” katanya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment