Roboh rumah selepas abai notis

Wednesday, August 1, 2018

Roboh rumah selepas abai notis

Roboh rumah selepas abai notis

PEKAN LAMA KUALA SELANGOR â€" Operasi meroboh sebuah rumah yang dibina di atas tanah kerajaan terhenti seketika selepas wakil Pejabat Adun Bukit Melawati meminta penjelasan berhubung operasi terbabit.

Bagaimanapun selepas perbincangan dibuat, operasi itu diteruskan selepas penduduk akur dengan tindakan penguat kuasa Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Selangor, pagi tadi.

Pegawai Khas Adun Bukit Melawati, Zainal Abidin Abdul Samad menjelaskan, pihaknya pada awalnya terkejut apabila dimaklumkan penduduk mengenai operasi terbabit.

“Saya terus ke lokasi kejadian bagi mendapatkan maklumat lanjut dan meminta kerja meroboh dihentikan seketika. Saya difahamkan notis sudah dikeluarkan hampir setahun lalu.

“Jika merujuk kepada notis, sepatutnya operasi meroboh dilaksanakan sebelum puasa lagi namun ditangguh. Mungkin memberi peluang kepada penduduk untuk berpindah,” katanya.

Bagaimanapun katanya, penduduk terbabit masih tidak berpindah dengan alasan tidak tahu menahu mengenai notis terbabit dan terpaksa akur dengan tindakan penguatkuasaan.

“Kami di pihak pejabat wakil rakyat kawasan ini juga meminta supaya operasi itu ditangguhkan bagaimanapun tindakan terpaksa diteruskan kerana penduduk mengabaikan notis terdahulu.

“Sebab arahan ini sudah lama dan pegawai pun kena ikut arahan. Saya cuba selesaikan isu ini tapi kena akur dengan keputusan yang diberikan,” katanya kepada Sinar Harian.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment