Gaji Arul Kanda lebih tinggi ketika di UAE berbanding 1MDB
KUALA LUMPUR: Gaji yang diterima bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy jauh lebih tinggi ketika bekerja di sebuah bank di Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengesahkan perkara tersebut berkata Arul telah mengambil risiko pemotongan gaji untuk bekerja dengan 1MDB.
“Dia mendapat gaji lebih tinggi ketika bekerja di bank dekat UAE. Jadi dia (Arul) sanggup potong gaji untuk menyertai 1MDB,” ujar Najib ketika ditemui media di lobi Parlimen hari ini.
Ujarnya, nilaian gaji berkenaan adalah dalam tempoh enam bulan mulai Januari hingga Jun lalu.
Menurutnya, bagaimanapun Arul hanya dibayar setakat RM2.5 juta dan bakinya sepatutnya dijelaskan selepas 30 Jun 2018.
Sebelum berkhidmat di 1MDB, Arul pernah memegang jawatan Timbalan Presiden Eksekutif dan Ketua Perbankan Pelaburan Abu Dhabi Commercial Bank serta ahli lembaga pengarah Global Investment House (Kuwait).
sumber: astroawani

Semalam, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mendedahkan ganjaran gaji diterima Arul bernilai RM5 juta.
Ujarnya, nilaian gaji berkenaan adalah dalam tempoh enam bulan mulai Januari hingga Jun lalu.
Menurutnya, bagaimanapun Arul hanya dibayar setakat RM2.5 juta dan bakinya sepatutnya dijelaskan selepas 30 Jun 2018.
Sebelum berkhidmat di 1MDB, Arul pernah memegang jawatan Timbalan Presiden Eksekutif dan Ketua Perbankan Pelaburan Abu Dhabi Commercial Bank serta ahli lembaga pengarah Global Investment House (Kuwait).
sumber: astroawani
0 comments:
Post a Comment