Bekas pegawai kanan bahagian JPM tiba di mahkamah untuk prosiding reman
PUTRAJAYA: Bekas ketua pengarah agensi perisikan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang ditahan pada Selasa tiba di Mahkamah Majistret Putrajaya pada jam 9 hari ini.
Suspek yang memakai baju lokap SPRM, bertudung dan dengan tangan bergari, tiba dengan diiringi dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Pada Selasa, suspek ditahan SPRM kerana disyaki turut terlibat dalam salah guna wang kerajaan yang diperuntukkan untuk PRU14 bagi tujuan peribadi.
Beliau ditahan jam 4.15 petang selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.
BACA: SPRM tahan bekas pegawai kanan bahagian JPM
BACA: Seleweng dana PRU14: Datuk dan enam PTD direman lima hari
Sebelum ini, suspek mencetuskan kontroversi apabila dia dikatakan telah menulis kepada pengarah CIA, Gina Haspel, meminta Amerika Syarikat menyokong pentadbiran bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
sumber: astroawani

Penangkapan disahkan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki.
BACA: SPRM tahan bekas pegawai kanan bahagian JPM
BACA: Seleweng dana PRU14: Datuk dan enam PTD direman lima hari
Sebelum ini, suspek mencetuskan kontroversi apabila dia dikatakan telah menulis kepada pengarah CIA, Gina Haspel, meminta Amerika Syarikat menyokong pentadbiran bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
sumber: astroawani
0 comments:
Post a Comment