300 penyu spesies terancam mati terperangkap dalam jaring

Tuesday, August 28, 2018

300 penyu spesies terancam mati terperangkap dalam jaring

300 penyu spesies terancam mati terperangkap dalam jaring

SANTA MARIA COLOTEPEC - MEXICO. Kira-kira 300 penyu laut spesies terancam ditemui mati di selatan pantai Mexico semalam, akibat terperangkap dalam jaring ikan milik nelayan.

Penyelaras agensi perlindungan sivil negeri, Heliodoro Diaz berkata, nelayan di negeri Oaxaca menemui bangkai penyu berkenaan di tepi pantai Barrade Colotepec.

Imej Reuters menunjukkan puluhan bangkai penyu, kebanyakannya sudah mula reput, terperangkap dalam jaring.

Sejak Mei hingga September lalu, penyu lipas (olive ridley), yang dikatakan pihak berkuasa Mexico diancam kepupusan, muncul di banyak negeri Mexico sepanjang Lautan Pasifik untuk bertelur.

Sementara itu Mexico, lokasi kepada enam daripada tujuh spesis penyu laut dunia, mempunyai program perlindungan reptilia itu termasuk hukuman terhadap mereka yang membunuhnya.

Awal bulan ini, pihak berkuasa berkata mereka menyiasat kematian 113 penyu lain yang diancam kepupusan iaitu 102 penyu lipas, enam jenis hawksbill dan lima spesis penyu hijau, di sebuah pusat perlindungan di Chiapas. - Reuters



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment