Angka korban letupan bom di Isulan meningkat

Tuesday, August 28, 2018

Angka korban letupan bom di Isulan meningkat

Angka korban letupan bom di Isulan meningkat

COTABATO - FILIPINA. Angka korban letupan bom dalam satu festival jalanan tempatan di selatan Filipina semalam, mengorbankan dua orang termasuk kanak-kanak, manakala 37 yang lain dilaporkan cedera.

Menurut polis, siasatan sedang dijalankan namun terdapat dakwaan serangan dilakukan militan Daesh.

Letupan berlaku berhampiran sebuah pasar malam di Isulan, wilayah Sultan Kudarat, menyebabkan orang ramai lari bertempiaran.

[ARTIKEL BERKAITAN: Seorang maut, lebih 30 cedera serangan bom selatan Filipina]

Wilayah itu terletak di pulau kedua terbesar Filipina di Mindanao yang berada di bawah undang-undang tentera sehingga penghujung tahun ini susulan pendudukan lima bulan di Bandar Marawi pada 2017 oleh sekutu pemberontak yang mempunyai kaitan dengan militan Daesh.

Pengeboman terbaharu itu berlaku sebulan selepas letupan van yang mengorbankan 11 orang termasuk empat orang awam di Basilan. -Reuters/AFP



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment