Umno perlu Islah

Thursday, August 9, 2018

Umno perlu Islah

Umno perlu Islah

JOHOR BAHRU - Umno boleh kembali menjadi sebuah parti yang kuat, inklusif dan dipercayai rakyat sekiranya mereka melakukan islah.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, islah bukan hanya setakat mengubah parti malah perlu mengalir jauh ke dalam ruang spiritual, intelektual dan struktur sesebuah organisasi dan ahlinya.

“Kita wajib mendidik ahli-ahli politik kita tentang keadaan pascamoden yang dihadapi bangsa Melayu dan rakyat Malaysia kini.

“Kita perlu meyakinkan mereka bahawa sebagai sebuah parti yang berusia lebih dari tujuh dekad, kita dapat mengepalai negara ke arah ketidaktentuan yang bermacam ragam,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, tidak dinafikan usaha tersebut memakan masa dan memenatkan tetapi bukan sesuatu yang mustahil.

Katanya, perkara tersebut hanya akan menjadi mustahil apabila Umno masih lagi hidup di dalam kepompong dan bernostalgia tentang masa lampau.
 



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment