Soi Lek dijangka bantu kempen Chee Teong

Tuesday, August 28, 2018

Soi Lek dijangka bantu kempen Chee Teong

Soi Lek dijangka bantu kempen Chee Teong

BALAKONG â€" Bekas presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek dijangka akan membuat kemunculan semula dalam arena politik selepas menyatakan hasrat untuk membantu kempen calon parti itu pada PRK Dun Balakong.

Calon MCA, Tan Chee Teong memaklumkan beliau ada menerima pesanan melalui aplikasi WhatsApp daripada Soi Lek yang turut memberi kata semangat.

“Sama ada beliau (Soi Lek) akan turun atau tidak adalah bergantung pada masanya. Bukan sahaja Soi Lek sahaja tetapi ramai lagi pimpinan MCA turut menyatakan perkara sama,” katanya ketika diminta mengulas sama ada Soi Lek ada menghubunginya untuk membantu kempen PRK Dun Balakong.

Chee Teong berkata, beliau percaya MCA boleh membuatkan Malaysia jadi lebih baik untuk semua bangsa.

“Paling penting golongan B40 harus dijaga. Kawasan saya ini terlalu banyak B40,” katanya.

Sementara itu, Chee Teong sekali lagi menegaskan pendiriannya untuk memperjuangkan isu pemansuhan tol yang selalu dibangkitkan oleh masyarakat Dun Balakong.

“Penduduk di Balakong terkesan dengan masalah itu apabila lokasi kediaman mereka ‘terkepung’ dengan tol,” katanya pada sidang media di Bilik Gerakan MCA, sebentar tadi.

Pada sidang media itu, turut kelihatan jentera MCA dari Johor yang bersama membantu kempen anak jati Balakong itu berhadapan calon PH, Wong Siew Ki.

Sebelum ini, media melaporkan Soi Lek akan kembali semula ke dalam parti berkenaan dan berhasrat untuk bertanding semula jawatan sebagai presiden parti.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment