Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS

Wednesday, August 15, 2018

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS

RINGGIT ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan kelemahan sentimen akibat krisis mata wang lira Turki yang berlanjutan serta menjelang pengumuman pertumbuhan ekonomi suku kedua oleh Bank Negara Malaysia pada Jumaat ini, kata peniaga.

Pada 6 petang, ringgit ditutup pada 4.1020/1050 berbanding dolar AS daripada 4.0950/1000 pada Selasa.

Menurut peniaga, penyusutan nilai ringgit sejak beberapa hari lepas adalah disebabkan oleh faktor-faktor luaran terutamanya pengukuhan dolar AS akibat ketidaktentuan dagangan dan geopolitik.

Bagaimanapun tegasnya, asas-asas makroekonomi Malaysia kekal kukuh.

Katanya, episod terkini pertikaian dagangan dan krisis lira Turki itu telah menyebabkan ketidaktentuan pasaran.

"Bagi lira misalnya, reaksi pelabur lebih kepada bimbangkan kesan susulannya. Dari sudut itu, prestasi ringgit jauh lebih baik berbanding mata wang negara sedang pesat membangun lainnya. Setakat tahun ini, ringgit susut 1.4 peratus berbanding dolar AS,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan lebih mengukuh berbanding kelompok mata wang utama lainnya.

Ia meningkat berbanding yen kepada 3.6872/6909 daripada 3.6909/6964 pada Selasa dan tinggi sedikit berbanding dolar Singapura kepada 2.9712/9744 daripada 2.9795/9851, semalam.

Ringgit juga naik berbanding pound Britain kepada 5.2177/2220 daripada 5.2330/2410 dan mengukuh berbanding euro kepada 4.6447/6489 daripada 4.6699/6769.  â€" Bernama



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment