Saya hanya pakai berus gigi buluh - Sharifah Sakinah
PELAKON Sharifah Sakinah mengakui semakin bimbang dengan masalah pemanasan global yang berlaku.
Sharifah Sakinah berkata dia kini sudah mengambil langkah untuk mengurangkan masalah tersebut demi menjaga alam sekitar.
“Orang lain mungkin sibuk dan bimbang dengan perkara-perkara lain tapi saya sekarang terlalu bimbangkan pemanasan global yang berlaku.
“Selain itu, saya sudah lama tidak lagi menggunakan penyedut minuman serta beg plastik. Kalau kita tak mula lakukan semua ni, siapa lagi?
“Saya rasa betapa kaya atau bijak pun kita, fikirlah mengenai alam sekitar kita,” katanya kepada Astro Gempak.
Sakinah ditemui di pelancaran jam tangan Garmin di Deep Blue, The Face Suites semalam.
Menurut Sakinah lagi, dia juga mendidik anaknya, Anais Adha yang baru berusia setahun untuk menjaga alam sekitar.
“Saya tak mahu anak saya sibuk kerja mencari duit tapi lupa tentang alam sekitar. Jadi saya sudah mula mengajarnya supaya tidak menggunakan barangan plastik,” katanya lagi.
Teks oleh: Syafiqah Jalal
sumber: astroawani

“Sekarang berus gigi pun saya tak guna jenis plastik, tapi saya guna berus gigi buluh.
“Selain itu, saya sudah lama tidak lagi menggunakan penyedut minuman serta beg plastik. Kalau kita tak mula lakukan semua ni, siapa lagi?
“Saya rasa betapa kaya atau bijak pun kita, fikirlah mengenai alam sekitar kita,” katanya kepada Astro Gempak.
Sakinah ditemui di pelancaran jam tangan Garmin di Deep Blue, The Face Suites semalam.
Menurut Sakinah lagi, dia juga mendidik anaknya, Anais Adha yang baru berusia setahun untuk menjaga alam sekitar.
“Saya tak mahu anak saya sibuk kerja mencari duit tapi lupa tentang alam sekitar. Jadi saya sudah mula mengajarnya supaya tidak menggunakan barangan plastik,” katanya lagi.
Teks oleh: Syafiqah Jalal
sumber: astroawani
0 comments:
Post a Comment