Pekerja hotel palsukan dokumen bomba didenda RM15,000

Thursday, August 9, 2018

Pekerja hotel palsukan dokumen bomba didenda RM15,000

Pekerja hotel palsukan dokumen bomba didenda RM15,000

TAPAH - Seorang pekerja hotel didenda RM15,000 atas pertuduhan memalsukan dokumen bomba pada Oktober tahun lepas.

Alliff Al-Hafiz Ahmad, 24, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan.

Tertuduh didakwa menggunakan resit rasmi kerajaan dan pelekat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang ditampal pada dua alat pemadam api milik Chai Jye Niang, 41, yang diketahuinya sebagai satu dokumen palsu.

Perbuatan itu dilakukan di No. 12 Jalan Besar Chenderiang, di sini pada 4 petang, 16 Oktober tahun lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum menerusi Seksyen 465 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Tertuduh diperintah dipenjara 12 bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Fatin Farahiyah Nadzri manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Hennie Soraya Hanafi.- Bernama



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment