Maya Karin muntah darah di studio Meletop
PROGRAM MeleTOP yang bersiaran langsung pada malam Selasa gempar seketika apabila Maya Karin tiba-tiba muntah darah dan meluru keluar dari set.
Maya hadir ke program MeleTOP bersama-sama Nasil Bilal Khan dan Syamsul Yusof untuk mempromosikan filem Munafik 2.
Keadaan tersebut mencetuskan panik dan membuatkan semua penonton di studio mahupun di rumah tertanya-tanya apakah yang sedang berlaku ke atas Maya.
Apatah lagi Nabil selaku pengacara juga dilihat terpinga-pinga dengan situasi tidak terjangka itu.
Namun keadaan kembali reda apabila Maya kembali ke set dan memberitahu ia sekadar gimik untuk watak lakonannya, Sakinah dalam filem Munafik.
Gimik tersebut benar-benar menjadi, malah difahamkan baik Syamsul, Nasir mahupun Nabil dan Neelofa tidak mengetahui tentang perkara tersebut. Ditambah pula, keadaan Maya memang sudah batuk semenjak awal masuk ke set membuatkan Ć¢lakonannyaĆ¢ itu cukup meyakinkan.
Bagaimanapun di sebalik gimik tersebut, ramai netizen yang mempersoalkan reaksi Neelofa yang dikatakan seolah-olah tidak mengambil berat keadaan Maya. Malah di saat mereka yang lain begitu panik dengan apa yang berlaku itu, Neelofa tidak berganjak dari tempat duduknya.
Bagaimanapun tidak kurang juga yang mempertahankan Neelofa dan menganggap mungkin pengacara tersebut sudah mengetahui tentang gimik tersebut.
Munafik 2 bakal menemui penonton mulai esok, 30 Ogos di seluruh pawagam tanah air.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment