Impi bawa Tun M naik beca

Wednesday, August 29, 2018

Impi bawa Tun M naik beca

Impi bawa Tun M naik beca

PASIR MAS - Seorang pengayuh beca warga emas memasang impian untuk sekali lagi membawa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed atau Tun M menaikki kenderaan tersebut sekiranya pemimpin nombor satu negara itu berkunjung ke negeri ini.

Sulaiman Daud, 81, berkata, kali terakhir dia membawa pemimpin kebanggaan negara itu menaikki becanya sekitar tahun 90-an.

"Sebaik sahaja mengetahui Tun M kembali menjadi Perdana Menteri Malaysia Ketujuh, perasaan saya untuk membawa beliau menaikki beca buat kali kedua semakin membuak-buak.

"Siapa yang tidak mahu, untuk membawa pemimpin No.1 negara menaikki beca selain dapat melihat beliau secara lebih dekat," katanya.

Menurutnya, masih segar dalam ingatannya ketika itu Tun M masih lagi memakai jarum ditangan dan dia dimaklumkan bahawa pemimpin negara baru sahaja keluar dari hospital.

Katanya, walaupun jaraknya agak singkat namun kenangan itu masih lagi subur dalam ingatannya sehingga ke hari ini.

Sulaiman berkata, dia berharap agar peluang tersebut dapat dinikmati olehnya sekali lagi.

Katanya, peluang untuk melihat lebih dekat pemimpin negara itu tidak boleh dibiarkan berlalu begitu sahaja.

"Secara jujurnya saya tidak menyangka Tun M akan menjadi Perdana Menteri Malaysia buat kali kedua.

"Namun, itulah rezeki buat beliau dan selaku rakyat, saya tumpang bangga dengan pencapaian itu," katanya.

Sulaiman berkata, selain Mahathir, beca yang dikayuhnya itu pernah dinaikki oleh pemimpin hebat di negeri ini antaranya Tan Sri Annuar Musa.

Katanya, peluang membawa pemimpin terkemuka negara merupakan satu hadiah yang tidak terhitung nilainya.

"Malangnya, ketika itu saya tidak mempunyai kemudahan kamera untuk tangkap gambar.

"Jika ada, sudah tentu saya akan rakamkan detik-detik terindah itu sebagai menangan yang tidak boleh dijual beli," katanya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment