Lebih 1,000 gempa susulan direkodkan

Thursday, August 23, 2018

Lebih 1,000 gempa susulan direkodkan

Lebih 1,000 gempa susulan direkodkan

JAKARTA - INDONESIA. Sebanyak 1,005 gempa susulan direkodkan di Lombok, Nusa Tenggara Barat (NTB), menurut Agensi Pengurusan Bencana Nasional (BNPB).

Jurucakapnya, Sutopo Purwo Nugroho berkata, jumlah tersebut terbahagi kepada dua tempoh masa.

Sebanyak 825 gempa dicatatkan sejak gempa 6.4 magnitud pada 29 Julai lalu hingga 6.9 Richter pada 19 Ogos lalu.

"Kira-kira 180 gempa susulan pula berlaku selepas gegaran kuat tersebut. Ia adalah gempa bumi berkembar," jelasnya.

Menurutnya, gegaran yang berterusan itu melambatkan proses pengendalian bantuan selain menyebabkan masyarakat semakin trauma.

"Gempa tersebut diramalkan akan terus berlaku," ujarnya lagi.  

Gegaran kuat yang berlaku di pulau peranginan itu sejak akhir bulan lalu telah meragut lebih 500 nyawa manakala kira-kira 7,145 cedera. - Tribunnews.com



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment