KPDNHEP rampas 1,027 gas dijual tanpa lesen

Thursday, August 9, 2018

KPDNHEP rampas 1,027 gas dijual tanpa lesen

KPDNHEP rampas 1,027 gas dijual tanpa lesen

BALING - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyita sebuah lori dan merampas 1,027 tong gas LPG yang akan dijual secara haram.

Dalam operasi jam 4 petang semalam dan berakhir 5 pagi tadi itu, enam anggota penguat kuasa yang diketuai Ketua Cawangan KPDNHEP Baling, Muhd Ruswadi Jamaluddin menyerbu sebuah premis di Kampung Lalang, Dun Bayu.

Muhd Ruswadi berkata, peniaga itu menyimpan 1,027 tong gas bersubsidi seberat antara 12 dan 14 kilogram dan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM136,000.

“KPDNHEP mengambil masa selama tiga minggu bagi membuat pemerhatian dan risikan.

Tong gas dalam premis yang dirampas

“Semasa serbuan, pihak peniaga memberikan kerjasama baik,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati peniaga tersebut menjalankan perniagaan tanpa lesen sejak enam bulan lalu.

“Tong gas dijual diambil daripada pengedar di daerah Kulim.

“Sehubungan itu, kita mohon orang ramai beri kerjasama dan menyalurkan maklumat jika terdapat penjualan gas yang mencurigakan di kawasan mereka,” katanya.

Kes disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment