Ibu bapa Melania Trump dapat kerakyatan AS

Thursday, August 9, 2018

Ibu bapa Melania Trump dapat kerakyatan AS


NEW YORK: Ibu bapa wanita pertama Amerika Syarikat, Melania Trump telah diberikan kerakyatan Amerika Syarikat.

Menurut peguam kepada pasangan Viktor dan Amalija Knavs, mereka telah mengangkat sumpah kerakyatan pada Khamis di Bandar New York.
Jelas Michael Wildes, pasangan dari Slovenia itu memohon status kerakyatan melalui proses normal dan tidak mendapat sebarang layanan istimewa.

Viktor, 74 tahun, yang bekerja sebagai peniaga kereta manakala Amalija, 73, bekerja di kilang tekstil telah menetap di negara itu sebagai penduduk tetap.

Melania juga dilaporkan telah membantu ibu bapanya untuk mendapatkan Green Crad.

Bagaimanapun, insiden ini telah mencetus kontroversi kerana polisi suaminya, Presiden Donald Trump yang menolak pendatang asing ke Amerika Syarikat.




sumber: astroawani

0 comments:

Post a Comment