Kerajaan akan bawa pulang jet peribadi Jho Low

Sunday, August 12, 2018

Kerajaan akan bawa pulang jet peribadi Jho Low

Kerajaan akan bawa pulang jet peribadi Jho Low

KUALA LUMPUR - Selepas penahanan kapal mewah Equanimity, kerajaan akan membawa pulang jet peribadi milik jutawan Low Taek Jho atau Jho Low yang dirampas di Singapura kerana didakwa mempunyai kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, rundingan untuk membawa pulang pesawat tersebut sedang dijalankan oleh mereka yang terlibat.

“Kita akan membawa pulang jet itu,” katanya selepas menghadiri pameran seni bertajuk Tun M: A Forever Legacy di Universiti Perdana di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya adakah kerajaan akan membawa pulang jet Bombardier Global 5000 itu yang dirampas ketika mendarat di sebuah hangar di Lapangan Terbang Seletar Singapura.

Ketika ditanya adakah keputusan itu sudah dimaklumkan kepada Singapura, Dr Mahathir berkata, rundingan sedang dilakukan.

“Ada pihak sedang melakukan rundingan dan kita sedang berusaha untuk mendapatkan semula wang yang dicuri daripada kita,” katanya.

Tahun lalu, tersebar berita mengatakan jet tersebut ditahan namun kerajaan Singapura enggan mendedahkan sebarang maklumat terhadap penahanan tersebut.

Pesawat itu juga didakwa sebahagian daripada kira-kira aset AS$1 bilion yang didakwa diperoleh melalui dana yang diseleweng daripada 1MDB yang kerajaan Amerika Syarikat sedang berusaha untuk menyitanya

[ARTIKEL BERKAITAN:  Kapal mewah Eguanimity selamat tiba]

http://www.sinarharian.com.my/nasional/kapal-mewah-equanimity-selamat-tiba-1.865432

Selasa lalu, Equanimity selamat tiba di Boustead Cruise Centre selepas berlepas dari perairan Batam, Indonesia.

Perhantaran kapal itu dikatakan dibuat atas permintaan Dr Mahathir ketika kunjungannya ke Indonesia, Jun lepas.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment