Kerajaan akan bawa pulang jet peribadi milik Jho Low
sumber: utusan
Dr. Mahathir berkata, rundingan untuk membawa pulang pesawat tersebut sedang dijalankan oleh mereka yang terlibat.
“Ya. Saya fikir kita kena bawa pulang (jet peribadi milik Jho Low).
“Ada seseorang sedang melakukan rundingan dan kita sedang berusaha untuk mendapatkan semula wang yang dicuri daripada kita,” katanya selepas menghadiri pameran seni bertajuk Tun M : A Forever Legacy di Universiti Perdana di sini hari ini.
Pada Februari tahun lalu, jet Bombardier Global 5000 yang dikatakan milik Jho Low itu dirampas ketika mendarat di di Lapangan Terbang Seletar Singapura.
Jet itu adalah sebahagian daripada aset yang didakwa diperoleh melalui dana yang diseleweng daripada 1MDB. - UTUSAN ONLINE
sumber: utusan
0 comments:
Post a Comment