DFTZ: bantu pacu PKS tempatan ke dalam pasaran e-dagang

Wednesday, August 22, 2018

DFTZ: bantu pacu PKS tempatan ke dalam pasaran e-dagang

DFTZ: bantu pacu PKS tempatan ke dalam pasaran e-dagang

INISIATIF kerajaan dan kewujudan Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) membantu menggerakkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan ke dalam pasaran e-dagang, kata Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp. Malaysia).

Menurut perbadanan itu, usaha kerajaan termasuk menubuhkan Majlis e-Dagang Kebangsaan (NeCC) yang diketuai bersama oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) serta Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) sejak 2015 turut menyumbang untuk mempercepatkan pertumbuhan dan pembangunan e-dagang di negara ini.

Kerajaan, melalui SME Corp. Malaysia dan agensi lain bertindak aktif menjalankan program kesedaran dan infomatif bagi mendidik, menggalakkan dan membantu PKS untuk bergerak ke hadapan ke arah kehendak pasaran dan aliran semasa

“Contohnya adalah melalui SME. Corp Malaysia Pocket Talk yang mana ia dijalankan secara teratur untuk memastikan majikan, atau pemilik PKS dibekalkan dengan platform perkongsian pengetahuan mengenai perkara yang berkaitan dengan Revolusi Industri 4.0 dan perniagaan (digital) secara keseluruhan,” kata perbadanan itu dalam temubual melalui e-mel dengan Bernama.

Berkenaan DFTZ, perbadanan itu menyebut, zon perdagangan bebas itu menyediakan akses pasaran kepada PKS dan peluang untuk mencapai pelanggan global melalui e-dagang.

“Ia juga memudahkan dan melancarkan proses pelepasan kargo melalui pengenalan eperkhidmatan DFTZ yang menyediakan sokongan perniagaan menyeluruh untuk perdagangan rentas sempadan, rangkaian dan perkongsian pengetahuan bagi memacu inovasi dalam lingkungan ekosistem internet,” kata agensi pembangunan PKS itu.  

Ia berikrar untuk terus bekerja dengan agensi berkaitan dan rakan kongsi terutamanya platform operator e-dagang bagi mempromoiskan kebaikan dan kelebihan memasuki perniagaan e-dagang.

Semakin banyak syarikat pemula niaga e-dagang serantau seperti EasyParcel dan Photobook, berjaya mengembangkan skala perniagaan mereka dari Malaysia ke dalam pasaran serantau.

“PKS dengan produk dan perkhidmatan sedia ada akan dapat dibantu untuk menyertai platform e-dagang, terutamanya yang menumpukan pasaran China,” kata perbadanan berkenaan.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment