Sukan Asia 2018Renang pecah rekod kebangsaan 4x100m gaya bebas

Wednesday, August 22, 2018

Sukan Asia 2018Renang pecah rekod kebangsaan 4x100m gaya bebas


Meskipun sekadar menamatkan saingan di kedudukan keenam, aksi di Pusat Akuatik Gelora Bung Karno, di sini, namun gandingan Welson Sim, Chan Jie, Keith Lim dan Foong Wei Tze berjaya mencatatkan 3 minit 21.06s sekali gus memadam rekod 3:21.79s yang dicatatkan semasa Sukan SEA 2017.

Welson berkata, kehadirannya di Sukan Asia adalah untuk memecahkan rekod kebangsaan dan kejayaan hari ini sememangnya sesuatu yang baik buat mereka.

"Kami sudah lama bersama dan kejayaan memecahkan rekod ini amat bermakna buat kami.

"Cuma acara 400m gaya bebas agak kurang baik untuk saya kerana sewaktu saringan saya hanya terfikir untuk ke aksi final sahaja," katanya yang turut memecahkan rekod bagi acara 800m gaya bebas.

Juara acara itu menjadi milik Jepun dengan catatan 3:12.68s manakala China dan Singapura masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga. - UTUSAN ONLINE



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment