Aliran trafik lebuh raya utama lancar pagi ini

Wednesday, August 22, 2018

Aliran trafik lebuh raya utama lancar pagi ini

Aliran trafik lebuh raya utama lancar pagi ini

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara dilaporkan lancar setakat 9.00 pagi ini.

Menurut jurucakap Plus Malaysia Berhad, aliran trafik menuju ke utara dan selatan dilaporkan terkawal dan lancar.

“Bagaimanapun trafik perlahan di Km354.9 dari Slim River menuju ke Sungkai susulan kemalangan melibatkan sebuah bas yang mengakibatkan lorong kiri terpaksa ditutup,” katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia berkata aliran trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 di kedua-dua arah juga lancar.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik, atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.- Bernama
 



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment