Bantu umat Islam Sudan, Uganda laksana ibadah korban
SIK - Yayasan Amal Malaysia cawangan Kedah memerlukan sumbangan dana bagi melaksanakan ibadah korban di Sudan dan Uganda.
Naib Pengerusi Yayasan Amal Malaysia cawangan Kedah, Zelani Nik Chik berkata, ibadah korban kali ke-10 di negara Afrika Tengah itu mensasarkan 200 lembu dan jumlah sama bagi kambing.
Menurutnya, seramai 12 anggota Yayasan Amal akan ke dua negara tersebut pada 18 Ogos depan.
"Dua negara tersebut merupakan negara termiskin di dunia. Di tambah lagi dengan konflik politik berpanjangan serta perang saudara memburukkan suasana kehidupan dan agama.
"Misi bagi 2018/1439H di Sudan akan menyantuni umat Islam di kem pelarian Kassala dan Joda, wilayah yang bersempadan dengan negara Eritrea yang menempatkan lebih 500,000 pelarian daripada kancah perang saudara," katanya.
Beliau berkata, agihan daging akikah dan korban beserta al- Quran diwakafkan juga akan dibuat di maahad tahfiz dan sekolah agama sekitar Khartoum.
"Tahap kesusahan di sana memang teruk, dalam pengajian pelajar hanya ada sekeping papan. Apabila hafal apa ditulis, ia akan dipadam kemudian tulis semula.
"Buat pertama kali juga, Yayasan Amal Kedah akan melaksanakan ibadah korban dan akikah di bumi Uganda dengan kerjasama Universiti Islam Uganda (IUIU)," katanya.
Sumbangan boleh disaĆlurkan melalui Bank Islam 020 200 100 60682 atau CIMB 800 645 7845 atas nama Yayasan Amal Malaysia Cawangan Kedah.
Atau hubungi Zelani di talian 019-4156624 atau 04-4411441/04-4445321.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment